Sebuah foto milik kantor berita Associated Press (AP) dan Agence
France-Presse (AFP) memperlihatkan prakiraan wajah Firaun Tutankhamun.
Tutankhamun ialah seorang maharaja/firaun muda yang terkenal pada zaman
kerajaan Mesir kuno. Dia memerintah dari 1333 SM – 1323 SM dalam Dinasti
XVIII yang juga dikenali sebagai Kerajaan Amarna.
Seperti yang dikutip dari tribunnews.com, Tutankhamun terkenal pada abad
XX saat makamnya di Lembah Raja-raja ditemukan oleh Howard Carter.
Anehnya mumi/mayatnya tidak pernah dirompak oleh pencari harta karun.
Kebanyakan makam firaun lain yang terletak di lembah raja-raja pernah
disamun perompak setelah beribu-ribu tahun.
Tutankhamun menjadi firaun Mesir ketika berusia sembilan tahun. Dalam
tempo 10 tahun memerintah, Tutankhamun banyak membangun kuil-kuil yang
baru untuk menyembah dewa-dewa Mesir Purba, terutamanya Amun-Ra. Namun,
Tutankhamun mangkat ketika berusia 19 tahun.
Pada 18 Februari 2010, kajian genetik DNA mendapati Raja Tutankhamun
mati akibat penyakit malaria yaitu sejenis penyakit tropika yang dibawa
oleh nyamuk. Laporan itu disiarkan oleh Journal of American Medical
Association. Kajian itu dilakukan oleh saintis Jerman dan Mesir.
Tubuh Tuthankhamun lemah kerana ia adalah anak dari hasil hubungan
incest. Firaun muda ini sangat lemah dan menderita pelbagai penyakit dan
mungkin berjalan dengan tongkat kerana kakinya tidak sempurna.
Jika anda ingin melihat seperti apa mumi firaunnya nabi Musa, yang tenggelam di laut merah, maka anda dapat melihatnya disini